Lok Kawi merupakan satu zoo yang berada di kawasan penampang Sabah. Ia berletak sekira-kira 15km dari kawasan kota kinabalu 45minit memandu dari bandar kota kinabalu.Taman ini adalah koleksi Borneo hidupan liar dan haiwan eksotik, gabungan zoo dan taman botani yang menjangkau lebih 280 ekar kawasan tanah, yang ditubuhkan bersama oleh Jabatan Perhutanan dan Hidupan Liar Sabah.
Taman ini dibuka pada 9:30 pagi dan ditutup pada pukul 5:30 petang,tetapi kaunter tiket kemasukan akan tutup awal iaitu pada pukul 4:30petang.Bayaran untuk tiket untuk Malaysian(dewasa) ialah RM10 dan kanak-kanak ialah RM5.
Taman Lok Kawi dibahagikan dalam tiga habitat zon yang berbeza untuk menyediakan suasana yang sesuai untuk haiwan sifat yang berbeza, iaitu Forest Canopy Zone, Water and Water Edge Zone dan Forest Floor Zone. Taman ini adalah terancang menyediakan kemudahan kepada pengunjung yang datang dengan blok pentadbiran, pusat pelancong, gerai-gerai makanan, bilik keselesaan dan kawasan tempat letak kereta yang luas.Selain itu, taman Lok Kawi juga terdapat satu kawasan khas untuk kanak-kanak. Tujuan utama kawasan kanak-kanak dibangunkan untuk memberi kanak-kanak satu kawasan yang dapat mendekati haiwan-haiwan. Mereka boleh menunggang gajah di taman botani yang diuruskan oleh jabatan perhutanan dan melihat kepelbagaian pokok hutan, herba, pelbagai bunga dan flora dan fauna liar.
Haiwan yang sedang menbuat persembahan
Pekerja sedang menghangkan keadaan show
| Gajah yang boleh membawa orang |
No comments:
Post a Comment