Wednesday 24 October 2012

Bahas artikel Silicon Valley is Stupid



Bahaskan artikel ini dalam blog kumpulan anda tapi sebelum itu nyatakan dalam blog anda dalam bentuk 'bulleted sentences' apakah 'points' utama yg dikemukakan oleh David. 

Artikel: http://gigaom.com/2012/09/22/silicon-valley-is-stupid-which-is-why-it-works/

Isi-isi Utama:
  • Komponen utama dan kaitannya dalam penubuhan syarikat besar.
  • Peranan atau pandangan individu dalam memulakan syarikat.
  • Peranan atau pandangan kerajaan dalam proses pembangun syarikat.
  • Peranan atau pendirian pelabur dalam peringkat awal syarikat.
  • Faktor awal yang berkait rapat dengan kejayaan syarikat besar.
  • Rasional dalam pemulaan awal penubuhan syarikat yang besar.

Pemahaman isi:
  1. Komponen utama dan kaitannya dalam penubuhan syarikat besar
Artikel merujuk komponen awal yang mempengaruhi kejayaan penubuhan syarikat besar adalah usahawan, kerajaan dan pelabur.
Artikel juga menyatakan penubuhan sesebuah syarikat tidaklah hanya usahawan yang mempunyai idea dan pembentangan idea kepada golongan pelabur diikuti dengan pelancaran dan kejayaan sepenuhnya. Apabila melihat dari dasar, proses sebegini memerlukan sumber kewangan yang banyak.

  1. Peranan atau pandangan individu dalam memulakan syarikat.
Artikel menjelaskan seseorang usahawan tidak memerlukan idea drastik dalam memulakan sesebuah syarikat. Hal ini sebab kebanyakan syarikat yang berjaya sekarang biasanya mula kerana ingin berkerja bersama rakan-rakan dan bukan sahaja memandangkan keuntungan atau mandapat wang yang banyak. Contoh dalamartikel ini ialah Hewlett-Packed(HP), twitter dan sebaginya. Idea-idea yang baik akan dijumpai dengan usaha yang berterusan dan mengkaji lebih seperti apa yang pengguna ingin serta perlukan. Idea-idea yang mencukupi akan menyumbang kepada kejayaan sebuah syarikat pada masa hadapan.

  1. Peranan atau pandangan kerajaan dalam penubuhan syarikat
Artikel menceritakan bahawa kerajaan tidak menjadi faktor yang tegas dalam usaha penubuhan syarikat. Kerajaan tidak kelihatan begitu membantu dalam usaha menjayakan syarikat walaupun adanya Institusi Industri Kecil dan Sederhana. Peranan kerajaan lebih kepada menyediakan alat-alat yang diperlukan oleh syarikat. Oleh itu, peranannya dalam menyediakan usahawan dalam menjayakan syarikat telah diabaikan.
Kerajaan juga akan mempengaruhi sesebuah syarikat dari carta organisasi mahupun urusan sesebuah syarikat baru. Keadaan ini kerana wujudnya batas ataupun campur tangan dari pihak kerajaan atas keputusan sesebuah syarikat.

  1. Peranan atau pendirian pelabur dalam peringkat awal syarikat
Artikel menunjukkan fenomena sikap pelabur yang ingin menguasai sesebuah syarikat selepas melabur dalam syarikat. Pelabur-pelabur sebegini ingin dihormati dan memikirkan bahawa mereka membantu dalam proses penubuhan syarikat.
Pada hakikatnya, keadaan sebeginilah yang menyebabkan runtuhnya syarikat berasakaan dua syarat iaitu apabila syarikat memerukan tambahan model,pelabur baru memerlukan saham yang besar dan berlakunya kekurangan saham untuk membenarkan kemasukan pelabur lain.
Kesannya, syarikat berkenaan akan menghadapi masalah kewangan jangka panjang.

  1. Faktor awal yang berkait rapat dengan kejayaan syarikat besar

Artikel mencadangkan bahawa keadaan yang baik ialah dimana kerajaan mengelakkan dalam menentukan syarikat mana yang akan berjaya pada peringkat awal. Pihak pelabur pula megelakkan daripada bersifat campur tangan usahawan dalam urusan penubuhan syrikat manakala usahawan itu sendiri harus mengelakkan daripada memulakan syarikat dengan idea-idea menarik.

  1. Rasional dalam permulaan awal penubuhan syarikat yang besar
Syarikat-syarikat berjaya kerana ilmu perniagaan telah disebarkan dan keputusan akhir kejayaan sesebuah syarikat adalah terletak pada pasaran sendiri.


Post by: Leong Sook Yee BA 11110163 (Miyu Nancy)
Edit by Eric Low Lik Yuen

No comments:

Post a Comment