Wednesday 21 November 2012

prinsip teknologi maklumat

kita telah membaca, mendengar dan berbahas tentang kesanteknologi maklumat kepada kita.
Kita telah lihat bagaimana teknologi maklumat telah membantu orang-orang istimewa. 
Kita telah dengar dan baca teknologi maklumat telah meningkatkan keuntungan syarikat dan perniaagan.
Kita juga telah mengetahui akibat virus komputer seperti virus Love Bug dan Chernobyl yang telah merosakkan sistem komputer banyak organisasi dan juga perseorangan.

       persoalanya, apakah tujuan dan prinsip utama Teknologi maklumat?
Tujuan utama teknologi maklumat ialah memberikan bantuan kepada manusia untuk menyelesaikan masalah,untuk mencetuskan kreativiti, untuk menjadikan manusia lebih berkesan dibandingkan tanpa menggunakan teknologi maklumat dalam aktivitinya.
teknologi maklumat boleh melepaskan manusia daripada belenggu kerja rutindan menumpukan kepada meneylesaikan masalah dan merapatkan hubungan ataupun ukhuwah antara manusia dan yang teramat penting hubungan manusia dengan Penciptanya


      Prinsip utama teknologi maklumat ialah
Prinsip teknologi-tinggi-sentuhan-tinggi (High-tech-high-tech) iaitu semakin banyak bergantung kepada teknologi termaju, semakin penting kita menimbangkan aspek sentuhan-tinggi(high-touch) iaitu "manusia".  Prinsip ini menekan yang kita sepatutnya menyesuaikan teknologi maklumat kepada manusia, daripada meminta manusia menyesuaikan dengan teknologi maklumat



by Queennie Lim


No comments:

Post a Comment