Wednesday 21 November 2012

prinsip etika

Prinsip etika seperti di bawah mesti sentiasa berada dalam hati kita sebagai penduan pelaksanan teknologi maklumat apabila kita ingin membuat pilihan etika. prinsip tersebut adalah:

1. Keseimbangan(proportionality): kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mesti lebih baik daripada risiko dan keburukan.

2. keizinan termaklum (informed consent): mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi.

3. Keadilan (justice): manfaat dan keburukan terknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan kepada yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih.

4. Meminimumkan risiko (minimised risk): Jika ketiga-tiga panduan (keseimbangan, keizinan termaklum dan keadilan) diterima, teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan  mengelak risiko yang tidak berkaitan.

Banyak risiko etika yang mungkin timbul apabila melaksanakan teknologi maklumat yang mengakibat salah maklumat, melanggar keperibadian dan pencemaran persekitaran.Antara risiko tersebut adalah;

1. Bagaimana tindakan undang-undang boleh diambil/dikenakan.
2. Bagaimana kemungkinan ancaman lain berlaku yang mungkin disebabkan oleh melanggar peribadi.



by Queennie Lim

No comments:

Post a Comment